Event is FINISHED

[PLS] Seks & Teks (Melayu): Pelincir atau Mengandung?

Description

Tahun-tahun 1960an dan 1970an menyaksikan kebanjiran novel erotik dalam sastera Melayu. Terdapat dakwaan bahawa 'unsur-unsur​ ​erotik​ ​itu​' adalah​ ​sekadar​ ​alat​ ​untuk​ ​menarik ​ ​pembaca ​atau pelincir sebelum pengarang menyuntik pengajaran​ ​moral​ di hujung sesuatu ​novel​ ​erotik tersebut. Pembentangan ini akan menunjukkan, dalam banyak keadaan, garapan seks oleh pengarang Melayu bukan sekadar penyedap cerita tetapi mengandungi perbincangan mengenai makna-makna seks itu sendiri. Antara novel yang akan disentuh adalah Kuala Lumpur Kita Punya (Abdullah Hussain), Panrita (Arenawati), Tivi (Shahnon Ahmad), Miang (L. Mankadir Shamsi), dan Api Cinta (Sutung Umar R.S). Pembentangan juga akan mengaitkan kebanjiran novel erotik ini dengan letusan Revolusi Seksual Abad ke 19 yang merupakan inti pembentangan pengkaji dalam kuliah Seks dan Teks yang sebelumnya. Samada kehadiran seks di dalam teks ini suatu yang bermakna, atau berdosa tidak akan dipertengkarkan sebaliknya pembentangan akan meneliti objektif tersembunyi pengarang.

Kata kunci: Novel erotik, revolusi seksual, seks, moral, plot.


Ceramah ini akan diadakan dalam Bahasa Melayu.


Tentang Faisal Tehrani


Faisal Tehrani sering dianggap sebagai pengarang kontroversi kerana percubaan beliau menggunakan pelbagai bentuk dan menerapkan aneka gagasan dalam karyanya. The Jakarta Post bertarikh 28 Ogos 2017 menggelar Faisal Tehrani sebagai ‘Malaysia’s Rebel Author’. Sementara itu Andrew Fowler, wartawan terkenal Australia dan pengarang buku ‘The Most Dangerous Man in the World’ menyatakan karya beliau yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris iaitu The Nurse (Misi) dan Crises (Kegawatan) sebagai ‘great narrative on the battle for ideas and freedom in Malaysia. Laman ASEAN Literary Festival 2017 pula menamakan beliau sebagai ‘salah seorang pengarang terpenting di Asia Tenggara’. Antara novel beliau yang diingati adalah Cinta Hari-Hari Rusuhan, 1515, dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit yang diterjemah Brigitte Bresson sebagai How Anyss Went to Heaven.

Fri Mar 30, 2018
8:00 PM - 9:30 PM SGT
Add to Calendar
Venue
Tickets
Standard (Free) FULL
Venue Address
85 Sultan Gate, Singapore Singapore
Organizer
Malay Heritage Centre | Taman Warisan Melayu
1,020 Followers